Posts

Ke UKM kita!

Image
  Universiti, rumah kedua bagi para pelajar dimana terciptanya sejuta memori. Alangkah indahnya suasana kita menjejak langkah untuk capai ke menara gading. Begitulah detik permulaan saya sebagai seorang mahasiswa yang ingin meluaskan sayapnya dengan meneruskan pengajian di UKM, universiti impian saya! Pelbagai perasaan yang bercelaru di akal fikiran saya sebelum mengambil langkah kehidupan yang baru sebagai seorang mahasiswa. Amat bersyukur kerana ditempatkan di Kolej Keris Mas kerana kemudahan dobi, makanan serta biliknya semua dalam keadaan yang baik.  Bilik saya di KKM Kolej saya, Kolej Keris Mas Sebaik sahaja tiba di Dewan Gemilang, kami diarahkan untuk menaiki bas untuk ke kolej masing-masing. Sepanjang MAW dijalankan, saya dapat mengenali lebih ramai mahasiswa dari pelbagai latar belakang dari seluruh Malaysia. Unik untuk saya kerana sebelum ini kawan-kawan saya adalah kebanyakkannya dari Selangor sahaja. Dengan adanya kawan-kawan dari Kelantan ni, bolehlah saya belajar kecek kel

Cuti- cuti Malaysia

Image
  Apa khabar pembaca blogku yang setia ini. Kembali lagi bersama saya, Jasniel 😉. Jadi hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak tentang tempat yang bagi saya cukup menarik iaitu tak lain tak bukan-MELAKAA!! Memang perancangannya sudahpun lama dibuat oleh kami lima orang sahabat untuk keluar selama 2 hari. Melaka menjadi pilihan kerana keunikannya yang tersendiri yang tidak sama seperti di Selangor. Destinasi pertama yang dikunjungi oleh kami ialah Melaka Skytrex. Seperti yang dijangkakan, ianya agak mencabar kerana memerluka ketahanan fizikal dan mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabarannya seperti Pahlawan Thrill, Extreme Warrior & Little Dino yang boleh pilih dan apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan! Kemudian, kami ke Menara Taming Sari, Melaka iaitu destinasi yang wajib buat kami memandangkan kami tidak pernah naiki menara tersebut sebelum ini. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini kita dapat melihat ma

Jom kenal saya!

Image
  Hello dan selamat datang buat para sahabat alam maya yang sedang membaca blog students of ukm ini. Pepatah Melayu pernah berbunyi ‘tak kenal maka tak cinta’. Jadi sebelum kita bercinta, marilah kita berkenal dulu. Hehe.  Nama saya Jasniel Singh Sharma. Nak ingat nama saya sebenarnya senang sahaja, ingat Jas dan Snail nanti inshallah boleh anda in g at Jasniel.  Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai salah sebut nama yang unik ini. Maka, terpulang kepada anda nak panggil apa tetapi sebaik-baiknya panggilah Jas.  Tapi jangan panggil saya snail :( Dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam Selangor, saya kini berumur 21 tahun. Pejam celik pejam celik rasa bagaikan masih berada di sekolah rendah. Mimpi itu indah dan percuma. Begitulah pemikiran saya sejak kecil lagi yang kini membolehkan saya berada hingga tahap ini. Pernah terfikir waktu saya masih di bangku sekolah lagi untuk menjadi seorang insan yang berguna dan mampu membanggakan kedua ibu bapa saya dan kini mimpi itu menjadi

Percutian ke Pulau Pinang

Image
       Hai! Kembali lagi di blog saya. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya bercuti ke Pulau Pinang bersama keluarga saya. Kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pinang dari Perak kerana salah seorang kakak saya menetap di Perak. Jadi perjalanan kami ke Pulau Pinang tidaklah terlalu jauh. jambatan Pulau Pinang       Kami menetap di Glow Hotel Penang yang terletak di Jalan Macalister, Georgetown. Kami memilih hotel ini kerana ia berdekatan dengan tempat yang merupakan tarikan pelancong dan hotel ini juga cantik, selesa dan agak besar.  Glow Hotel Penang      Disebabkan kami hanya bercuti selama 2 hari, jadi kami hanya sempat untuk ke beberapa tempat yang menarik sahaja. Antaranya adalah : Bukit Bendera / Penang Hill      Bukit Bendera merupakan salah satu tempat yang telah lama ingin saya kunjungi dan akhirnya hajat saya telah tercapai! Puncak tertinggi ialah pada ketinggian 833m aras laut. Servis tren di sini bermula sejak tahun 1923 dan kini telah masuk ke generasi keempat.

Minggu Apresiasi Watan (MAW)

Image
      Assalamualaikum dan selamat kembali lagi ke blog saya. Kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya menjejakkan kaki buat pertama kali di Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM. Saya sangat teruja ketika ditawarkan untuk belajar di UKM kerana UKM merupakan universiti pilihan pertama saya di dalam sistem UPU.      Perjalanan yang diambil dari rumah saya ke UKM adalah selama 6 jam kerana saya berasal dari Terengganu dan ianya agak jauh dari Selangor. Pada awalnya, kami agak kesulitan untuk mencari Dewan Gemilang iaitu tempat dimana semua pelajar perlu berkumpul untuk mendaftarkan diri ke kolej masing-masing.       Saya sangat bersyukur kerana salah seorang kawan baik saya, Alyaa yang saya kenali daripada matrikulasi turut mendapat tawaran belajar di UKM dan dia juga ditempatkan di Kolej Keris Mas (KKM) sama seperti saya. gambar pertama saya dan Alyaa di UKM      Saya sangat gembira sepanjang minggu apresiasi watan ini dijalankan ke

Me, Myself and I

Image
      Hai! Selamat datang ke blog baru saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya. Perke nalka n nama saya JAZLINA BINTI JUSOH, atau lebih dikenali sebagai Jazz atau Jazlina dalam kalangan rakan-rakan saya . Saya berumur 20 tahun dan saya dilahirkan pada tanggal 20 Oktober 2003 dan membesar di Terengganu. Saya merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Hobi saya adalah mendengar lagu dan membaca novel.      Saya memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Tengah dan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai SMAASZA. Pengalaman ketika berada di sekolah menengah sangat mendalam bagi saya kerana terlalu banyak memori indah yang tercipta bersama rakan-rakan saya. Memori yang paling tidak akan saya lupakan adalah ketika hari terakhir peperiksaan SPM berlangsung kerana semua pelajar lelaki di sekolah saya melakukan sujud syukur untuk menandakan kami sangat bersyukur dan redha

Tempat menarik di UKM (Aqilah)

Image
  PUSANIKA Assalamualaikum hai,       Berdasarkan tajuk di atas saya ingin berkongsi sedikit tempat tempat menarik di UKM. Pusanika tu apa? Setiap kali datang UKM mesti dengar perkataan Pusanika. Okay jom saya cerita sikit tentang Pusanika. Pusanika ini adalah satu tempat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, tempat printing/photostat, tempat gunting rambut, dan lain lain.              Kebiasaannya, program-program yang dilaksanakan dilakukan di PUSANIKA sebagai saya pernah  Terdapat juga pusat kaunseling untuk para pelajar mendapatkan khidmat sama ada motivasi mahupun saranan tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Bilik MPP juga disediakan untuk para-para wakil pelajar yang berkaliber untuk membuat perbincangan bagi meyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat di UKM. PUSANIKA adalah jalan singkat yang selalu saya gunakan untuk pergi ke fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.      Terdapat juga satu restoran yang kerap dikunjungi ramai iaitu Hot Meal Bar. Re