Percutian ke Pulau Pinang
Hai! Kembali
lagi di blog saya. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya bercuti ke
Pulau Pinang bersama keluarga saya. Kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pinang
dari Perak kerana salah seorang kakak saya menetap di Perak. Jadi perjalanan
kami ke Pulau Pinang tidaklah terlalu jauh.
![]() |
jambatan Pulau Pinang |
Kami
menetap di Glow Hotel Penang yang terletak di Jalan Macalister, Georgetown.
Kami memilih hotel ini kerana ia berdekatan dengan tempat yang merupakan
tarikan pelancong dan hotel ini juga cantik, selesa dan agak besar.
![]() |
Glow Hotel Penang |
Disebabkan kami hanya bercuti selama 2 hari, jadi kami hanya sempat untuk ke beberapa tempat yang menarik sahaja. Antaranya adalah :
Bukit Bendera / Penang Hill
Bukit
Bendera merupakan salah satu tempat yang telah lama ingin saya kunjungi dan
akhirnya hajat saya telah tercapai! Puncak tertinggi ialah pada ketinggian 833m
aras laut. Servis tren di sini bermula sejak tahun 1923 dan kini telah masuk ke
generasi keempat.
Jarak
landasan ialah 1996m iaitu yang terpanjang di Asia. Di sini juga terdapat
terowong bersaiz 79m panjang dengan 10 kaki lebar dan kecuraman 27.9 degrees
dan merupakan terowong paling curam di dunia. Terdapat pelbagai tempat yang
menarik untuk bergambar dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
![]() |
tren di Bukit Bendera |
![]() |
Chocolate
and Coffee Museum
Berhampiran
dengan Guest Inn Muntri, terdapat pelbagai jenis muzium seperti Cat Museum,
Camera Museum, dan Chocolate & Coffee Museum. Saya lebih tertarik untuk ke
Chocolate and Coffee Museum kerana chocolate merupakan salah satu makanan
kegemaran saya. Masuk adalah percuma dan kami sempat melihat pelbagai proses
pembuatan chocolate sambil mempelajari tentang sejarah chocolate. Saya telah
menghabiskan banyak duit di sini kerana terlalu rambang mata dan akhirnya saya
membeli setiap jenis chocolate yang dijual.
ICE Cafe
Kami ke sini untuk menikmati pencuci mulut yang berasaskan ais sambil
menikmati suasana yang sejuk dengan suhu 10’c kerana cuaca di luar sangat
membahang pada waktu tengah hari. Saya membeli satu gelas Ice Mango yang sangat
lazat tetapi terlalu sejuk untuk cuaca yang sejuk. Suasana di sini seperti berada di tengah kawasan bersalji dan ini
merupakan pengalaman pertama saya berada di tempat seperti ini. Di sini kami
dibenarkan untuk mencuba pakaian baju sejuk dan bergambar ala ala seperti kami berada
di kutub utara.
Sampai di
sini saja blog saya kali ini. Jadi, apa lagi? Jom ramai ramai datang melancong
ke Pulau Pinang. Jumpa lagi dalam blog saya akan datang! Bye
Comments
Post a Comment