Jom kenal saya!
Nama saya Jasniel Singh Sharma. Nak ingat nama saya sebenarnya senang sahaja, ingat Jas dan Snail nanti inshallah boleh anda ingat Jasniel. Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai salah sebut nama yang unik ini. Maka, terpulang kepada anda nak panggil apa tetapi sebaik-baiknya panggilah Jas.
![]() |
Tapi jangan panggil saya snail :( |
Tidak
dilupakan juga guru-guru saya yang bagaikan ibu bapa kedua saya yang sentiasa
memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya sehingga membolehkan saya bukan
sahaja berucap dalam khalayak ramai malah juga mampu mencipta kejayaan demi
kejayaan dalam mengharung nama sekolah.
Kini, saya berjaya menjejak langkah dan diberi peluang untuk melanjutkan lagi pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai salah seorang pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, saya mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Jika dibandingkan dengan sudah pasti peringkat ini akan lebih mencabar jika dibandingkan dengan sebelum ini, sungguhpun begitu, saya percaya cabaran inilah yang akan membantu saya dalam meningkatkan ilmu serta mengasah bakat saya.
Dengan ini, tamatlah sudah perkongsian saya
pada hari ini. Jumpa lagi di blog yang akan datang!
Comments
Post a Comment