Me, Myself and I

      Hai! Selamat datang ke blog baru saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya. Perkenalkan nama saya JAZLINA BINTI JUSOH, atau lebih dikenali sebagai Jazz atau Jazlina dalam kalangan rakan-rakan saya. Saya berumur 20 tahun dan saya dilahirkan pada tanggal 20 Oktober 2003 dan membesar di Terengganu. Saya merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Hobi saya adalah mendengar lagu dan membaca novel.



     Saya memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Tengah dan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai SMAASZA. Pengalaman ketika berada di sekolah menengah sangat mendalam bagi saya kerana terlalu banyak memori indah yang tercipta bersama rakan-rakan saya. Memori yang paling tidak akan saya lupakan adalah ketika hari terakhir peperiksaan SPM berlangsung kerana semua pelajar lelaki di sekolah saya melakukan sujud syukur untuk menandakan kami sangat bersyukur dan redha dengan segala keputusan yang akan kami perolehi. Selepas beberapa hari peperiksaan SPM tamat, kami mengadakan jamuan akhir tahun untuk meraikan 5 tahun bersama kami menghadapi susah senang menjadi seorang pelajar sekolah menengah. 


batchmate sepanjang 5 tahun di SMAASZA


rakan sekelas sepanjang tingkatan 4 & 5

     Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, saya mendapat tawaran untuk belajar di Kolej Matrikulasi Kelantan dalam bidang perakaunan. Ketika belajar di matrikulasi saya mengalami sedikit masalah dalam pelajaran kerana saya merupakan pelajar sains tulen di sekolah menengah. Berkat bantuan rakan sebilik saya yang banyak membantu saya dalam pelajaran, saya berjaya mendapat CGPA yang baik. 


rakan sekelas sepanjang matrikulasi


kawan rapat sepanjang matrikulasi


     Pada tahun 2022, saya menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian sarjana muda pentadbiran perniagaan dengan kepujian selama 3 tahun. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menamatkan ‘’degree’’ yang agak mencabar dan dalam masa yang sama memberi pengalaman yang baru kepada saya serta rakan-rakan yang baru saya kenali.

 


Comments

Popular posts from this blog

Jom kenal saya!

Tempat menarik di UKM (Aqilah)