Minggu Apresiasi Watan (MAW)
Assalamualaikum dan selamat kembali lagi ke blog saya. Kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya menjejakkan kaki buat pertama kali di Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM. Saya sangat teruja ketika ditawarkan untuk belajar di UKM kerana UKM merupakan universiti pilihan pertama saya di dalam sistem UPU.
Perjalanan yang diambil dari rumah saya ke UKM adalah selama 6 jam kerana saya berasal dari Terengganu dan ianya agak jauh dari Selangor. Pada awalnya, kami agak kesulitan untuk mencari Dewan Gemilang iaitu tempat dimana semua pelajar perlu berkumpul untuk mendaftarkan diri ke kolej masing-masing.
Saya sangat bersyukur kerana salah seorang kawan baik saya, Alyaa yang saya kenali daripada matrikulasi turut mendapat tawaran belajar di UKM dan dia juga ditempatkan di Kolej Keris Mas (KKM) sama seperti saya.
![]() |
gambar pertama saya dan Alyaa di UKM |
Saya sangat
gembira sepanjang minggu apresiasi watan ini dijalankan kerana ini merupakan
orentasi pertama yang saya pernah alami setelah habisnya sekolah menengah. Ini
kerana, orentasi yang dijalankan sewaktu di matrikulasi adalah secara
atas talian. Selama 5 hari MAW dijalankan, saya berasa sangat penat tetapi ia
merupakan pengalaman yang sangat menarik.
![]() |
pelajar tahun 1 bersama pemudah cara KKM |
Perkara
yang paling menggembirakan saya adalah kerana saya dapat mengenali lebih ramai
orang sepanjang MAW berlangsung. Terdapat banyak aktiviti yang menarik
sepanjang MAW berlangsung dan aktiviti-aktiviti ini banyak membantu saya untuk
menambahkan keyakinan dan menaikkan lagi semangat saya untuk terus berusaha
ketika belajar di UKM. Antara aktiviti yang paling saya ingati adalah aktiviti
domain, malam kebudayaan dan perang DECTAR. Segala sorakan ketika perang DECTAR daripada setiap kolej masih segar di dalam ingatan saya.
![]() |
gambar ketika menjalankan aktiviti domain |
![]() |
persembahan daripada pelajar tahun 1 pada malam kebudayaan |
Comments
Post a Comment