Ke UKM kita!
Universiti,
rumah kedua bagi para pelajar dimana terciptanya sejuta memori. Alangkah
indahnya suasana kita menjejak langkah untuk capai ke menara gading. Begitulah
detik permulaan saya sebagai seorang mahasiswa yang ingin meluaskan sayapnya
dengan meneruskan pengajian di UKM, universiti impian saya!
![]() |
Bilik saya di KKM |
![]() |
Kolej saya, Kolej Keris Mas |
Sebaik sahaja tiba di Dewan Gemilang, kami diarahkan untuk
menaiki bas untuk ke kolej masing-masing. Sepanjang MAW dijalankan, saya dapat
mengenali lebih ramai mahasiswa dari pelbagai latar belakang dari seluruh
Malaysia. Unik untuk saya kerana sebelum ini kawan-kawan saya adalah
kebanyakkannya dari Selangor sahaja. Dengan adanya kawan-kawan dari Kelantan
ni, bolehlah saya belajar kecek kelate sikit. ;)
Antara
aktiviti yang boleh dikatakan menjadi sorotan atau highlights
termasuklah malam kebudayaan dan juga perang DECTAR! Semangat mahasiswa dalam
memberi sorakan sehingga menggegarkan dewan. Kesannya, masing- masing dah hilang
suara sebab nak jerit kuat sangat.
Sungguhpun
kami terpaksa menjadi burung hantu sepanjang minggu pertama ini, namun kenangan
manis yang tercipta ini merupakan pengalaman yang penuh bermakna buat saya dan
tidak akan dilupakan. Betul kata pemudahcara- pemudahcara, ‘walaupun minggu MAW
ini sangat memenatkan, tetapi minggu inilah yang akan kita ingati sehingga
bila-bila’.
Comments
Post a Comment