Cuti- cuti Malaysia
Apa
khabar pembaca blogku yang setia ini. Kembali lagi bersama saya, Jasniel ๐. Jadi
hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak tentang tempat yang bagi saya cukup
menarik iaitu tak lain tak bukan-MELAKAA!!
Memang
perancangannya sudahpun lama dibuat oleh kami lima orang sahabat untuk keluar
selama 2 hari. Melaka menjadi pilihan kerana keunikannya yang tersendiri yang
tidak sama seperti di Selangor.
Destinasi pertama yang dikunjungi oleh kami ialah Melaka Skytrex. Seperti yang dijangkakan, ianya agak mencabar kerana memerluka ketahanan fizikal dan mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabarannya seperti Pahlawan Thrill, Extreme Warrior & Little Dino yang boleh pilih dan apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan!
Kemudian, kami ke Menara Taming Sari, Melaka iaitu destinasi yang wajib buat kami memandangkan kami tidak pernah naiki menara tersebut sebelum ini. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini kita dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar Bandar Hilir Melaka seperti Dataran Pahlawan, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Mengikut para netizen di Twitter yang mengatakan waktu paling best untuk menaiki menara ini adalah waktu petang, kami pun ikut sahaja perintah. Kami berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam di Bandar Melaka.
Sebelum
balik ke hotel, kami sempat berpusing di sekitar Jonker Street serta berpeluang
menaiki beca iknoik yang berwarna warni. Vibenya seperti zaman 1950-an.
Sebelum
pulang, kami sempat berkunjung ke Taman Buaya dan Taman Rama-Rama. Kalau para pembaca
blog ni nak jadi buaya sejati, wajib kunjungi Taman Buaya! :)
Itu
sahaja daripada saya pada kali ini, ada rezeki kita jumpa lagi Bye!
![]() |
Last but not least, feeling a little tourist in Melaka! |
Comments
Post a Comment