UKM Life's (Aqilah)

 Minggu pertama di UKM 



Hai, saya ingin berkongsi perjalanan saya dalam menambah ilmu dan pengalaman di alam universiti.

25 Oktober 2022- Saya telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi kemasukan panggilan kedua sesi 2022/2023.

 
31 Oktober 2022- Minggu pertama saya di UKM dimulakan dengan perjalanan saya dari Kuantan Pahang ke Bangi yang mengambil masa 3 jam setengah termasuk kesesakan lalu lintas yang dihadapi pada hari tersebut.Perasaan pada hari tersebut menjadi bercampur baur kerana setalah dua tahun saya tidak meninggalkan rumah atas sebab PKP dan menyebabkan sepanjang diploma saya hanya menghabiskan pelajaran secara dalam talian. Saya hanya berdoa agar urusan saya dipermudahkan pada hari tersebut. Setelah tibanya di kolej kediaman iaitu Kolej Keris Mas, saya meletakkan barang barang ke dalam bilik dan terus fakulti untuk meneyelesaikan urusan mendaftar subjek bagi semester satu yang bakal saya hadapi. 









1 November 2022- Pada hari kedua di UKM, saya dan rakan rakan yang lain diarahkan untuk ke Panggung Seni bagi menghadiri Sesi Interaksi dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Ambilan Kedua Sesi 2022/2023. Majlis ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Pada pagi itu kami ada sesi bersama Pusat Hal Ehwal Pelajar HEP-UKM, Pusat Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Citra dan lain lain. Kami juga ditayangkan video " Sumpah Anak Watan" dan seterusnya kami menamatkan majlis tersebut dengan bacaan Ikrar. 




5 November- Pada hari seterusnya, saya telah melibatkan diri dalam program 'Meet and Greet bersama Management Club'. Pada hari tersebut saya dan rakan rakan yang lain telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama seperti ice breaking dan aktiviti berkumpulan seperti 'explorace'. Setelah tamat program kami ke masjid universiti untuk mengambil gambar bersama satu batch. 







Comments

Popular posts from this blog

Jom kenal saya!

Me, Myself and I

Tempat menarik di UKM (Aqilah)