Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua, saya nak ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Nama
saya ialah Aliah Natasha binti Zainal atau nama samaran orang panggil saya
ialah Tasha. Masuk tahun baru (2023), saya berumur 22 tahun dan berasal dari
Johor Bahru, Johor. Saya adalah anak kedua dari empat orang adik beradik. Saya
mempunyai seorang kakak dan dua orang adik. Seorang adalah lelaki dan seorang
lagi adalah perempuan.
 |
Inilah saya
|
Pada alam persekolahan, saya adalah seorang yang aktif dan pernah menyertai pelbagai sukan iaitu kawad kaki, bola jaring, bola keranjang, squash, acara lumba lari, tarian dan sebagainya. Salah satunya adalah permainan squash. Pada mulanya, saya tidak pernah mahu cuba bermain tetapi setelah melihat kawan – kawan saya bermain. Saya mula berminat untuk mencuba. Kami bermain sehingga peringkat daerah dan berjaya memasuki peringkat negeri. Tapi sayangnya, kami hanya dapat bertanding sehingga peringkat daerah kerana guru pelatih kami dipindahkan ke sekolah lain.
 |
Bola Jaring Peringkat Daerah |
 |
Kawad Kaki Peringkat negeri |
Bukan sahaja itu,
saya juga aktif dalam acara lumba lari. Dahulu, saya hanya mampu berlari 1
minit lebih hanya untuk 100 meter. Saya kerap diperlekehkan kerana berlari
dengan lambat. Oleh kerana itu, saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk
berlawan dengan mereka. Hari demi hari saya berlatih untuk mendapat masa yang
saya inginkan. Tetapi hampa kerana saya tidak terpilih dalam acara olahraga. Saya
tidak jadikan ia sebagai lemah semangat. Saya masih berlatih untuk menunjukkan
saya juga layak untuk menjadi seorang atlet. Alhamdulillah, setelah memasuki sekolah
menengah, saya terpilih menjadi seorang atlet. Saya terlalu gembira kerana
impian saya tercapai.
 |
Joham acara 4x100
|
 |
Johan Bola Keranjang |
Buat pengetahuan
semua, saya merupakan pelajar lepasan diploma akauntasi di Politeknik Merlimau,
Melaka. Tahun 2019 waktu ketika saya diploma, saya hanya dapat merasai
pembelajaran bersemuka selama setahun dan terus dilanda PKP. Jadi, saya hanya
berada di rumah untuk pembelajaran online. Kini, saya sudah
berjaya sambung di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk peringkat sarjana muda
pentadbiran perniagaan.
Comments
Post a Comment