PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG (A197279)

Hai, kalini saya nak ceritakan tentang perpustakaan tun seri lanang di UKM atau ramai kenali dengan nama singkatan sebagai PTSL. Pihak UKM telah menyediakan keperluan sumber maklumat dan ilmu bagi setiap pelajar bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan ini mempunyai 6 tingkat. Setiap aras telah disusun mengikut subjek - subjek yang ditetapkan dan dilengkapi dengan kerusi dan meja belajar. Kawasan sekitar untuk pembelajaran amatlah selesa. Bagi pelajar yang tidak dapat tahan sejuk, pihak ptsl telah menyediakan kerusi dan meja di luar ptsl.


Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Buat pengetahuan anda, di aras 1 merupakan stor bagi penyimpanan buku - buku perpustakaan. Kebiasaannya, pelajar akan memenuhi aras 5 kerana memudahkan untuk membuat penyelidikan dan kajian. Dalam kawasan ptsl mempunyai pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti internet, surau, ruangan belajar, siber dan sebagainya.

Kawasan Ruang Belajar UKM

Bukan itu sahaja, di dalam bangunan ptsl juga mempunyai kedai serbaneka dan juga kedai telekomunikasi Switch. Bagi pelajar yang kelaparan setelah membuat kerja assignment, mereka boleh membeli dan membuat kerja dengan mudah. Pelajar tidak perlu berjalan jauh untuk pergi makan. 

Kedai Serbaneka, PTSL

Switch, PTSL









Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di UKM (Aqilah)

Percutian ke Pulau Pinang

Minggu Apresiasi Watan (MAW)