PENGALAMAN DI UKM, BANGI. (A197279)

    Pada hari isnin 31 Oktober 2022, merupakan hari yang bersejarah dan juga pertama kali dalam hidup saya kerana dapat menjejaki di UKM sebagai mahasiswa 2022/2023. Saya telah tiba pada awal pagi Jam 0810. Hari pertama ketibaan saya bersama ibu tidak berjalan lancar kerana tidak mengetahui dimana Kolej Keris Mas berada. Kami cuba untuk mencari papan tanda atau orang yang menjaga tetapi malangnya tiada. Jadi kami bertanya pada orang sekeliling di mana Kolej Keris Mas berada. Setelah mengetahui dimana, kami ke pejabat pentadbiran kolej.

    Selesai mendapatkan kunci bilik, saya dibantu oleh ibu untuk mengangkat barang ke bilik. Ibu saya hanya memerhati dan membantu saya mengemas bilik. Kemudian kami ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan untuk bertanyakan tentang kelas saya dan pendaftaran kursus. Setelah selesai semua perkara, ibu saya beransur untuk pulang ke Johor Bahru. 

Pejabat Kolej Keris Mas

    Pada keesokkan hari, saya telah bangun pada awal pagi untuk bersiap sedia ke panggung seni, UKM. Tujuan ke sana adalah untuk Sesi Interaksi dan Majlis Amanat Naib Canselor Pelajar ambilan kedua sesi 2022 – 2023. Bukan itu sahaja, pelbagai taklimat dari HEP, pihak PKU dan pihak PTPTN telah diterima oleh pelajar. Tepat jam 1:30 petang, kami diarahkan untuk makan tengah hari dan dibenarkan untuk bersurai.

 

Panggung Seni, UKM

    Setelah itu, saya mendapat informasi melalui aplikasi WhatsApp bahawa setiap pelajar fakulti ekonomi pengurusan tahun 1 perlu berkumpul untuk sesi Meet and Greet bersama Management Club. Setiap pelajar dipecahkan mengikut kumpulan yang ditetapkan mengikut kertas pilihan. Tujuan dipecahkan mengikut kumpulan agar kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Setiap kumpulan perlu melalui aktiviti ice breaking dan juga explorance. Setelah itu, setiap pelajar ambilan kedua tahun 1 telah dibenarkan untuk memasuki kelas mengikut jadual yang telah disediakan di laman sesawang UKM. Pada akhirnya, saya amat teruja kerana tidak sabar untuk menjalani hari biasa seperti seorang pelajar yang lain.

Parking Lot FEP



Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di UKM (Aqilah)

Percutian ke Pulau Pinang

Minggu Apresiasi Watan (MAW)